Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Di Tukar Ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Bermula 1 Januari 2016. LPPSA akan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.
Misi dan Visi
LPPSA berhasrat menguruskan pinjaman perumahan untuk penjawat awam secara profesional, berintegriti dan berhemah dan melaksanakan dengan cekap dan berkesan semua dasar strategi dan prosedur serta tindakan inovatif ke arah perkhidmatan cemerlang.
Piagam Pelanggan LPPSA
Selaras dengan visi untuk mengurus segala proses pembiayaan dengan cekap, LPPSA berhasrat:
- Meluluskan permohonan pinjaman pertama yang lengkap dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima
- Meluluskan permohonan pinjaman kedua (pembelian harta kedua) yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Meluluskan permohonan pinjaman kedua (Ubahsuai) yang lengkap dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Meluluskan permohonan pinjaman jenis V! yang lengkap dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Menyempurnakan penerimaan dagaian/penyerahan hak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen diterima
- Mengembalikan hak milik / penyerahan hak dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh fail diterima
- Mengeluarkan bayaran pinjaman dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dengan syarat harta telah dicagar
- Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja