Tiga Sebab Elak Cash Advance Kad Kredit
Kad kredit bukan sahaja boleh digunaka semasa membeli belah, anda juga boleh menggunakannya untuk mengeluarkan duit. Kemudahan ini dinamakan Cash Advance. Ia amat sesuai digunakan untuk tujuan kecemasan kerana pengeluaran duit sangat cepat dan mudah. Anda hanya perlu pergi keluarkan duit di mesin ATM. Namun ada beberapa sebab kemudahan Credit Card Cash Advance patut dielakkan.
1. Kadar Interest Sangat Tinggi
Sekiranya anda berpendapat bahawa kadar faedah kad kredit ke atas hutang belum bayar adalah tinggi, interest Cash Advance lagi tinggi. Kebanyakan bank mengenakan sekurang-kurangnya 18% interest.
2. Kesan Kompaun Interest Harian
Faedah Cash Advance dikira setiap hari, maka ia ada kesan compounding iaitu interest akan dikenakan ke atas interest yang belum bayar. Jadi kadar faedah berkesan (effective interest rate) sebenarnya lebih tinggi. Sebagai contoh:
Sekiranya anda mengeluarkan RM1000 cash advance menggunakan kad kredit anda dan bank anda mengenakan interest 10% setahun tetapi dikira setiap hari (Daily interest 20% / 365 = 0.054% sehari). Kemungkinan anda fikir bayaran interest adalah RM200 tetapi oleh kerana interest dikira setiap hari maka sebenarnya bayaran interest berjumlah RM221.34 selepas setahun. Ini disebabkan oleh kesan kompaun.
3. Yuran atau Fi
Selain daripada kadar faedah, anda juga akan dikenakan fi oleh bank. Setiap bank mengenakan fi yang berlainan. Sebagai contoh:
Apabila anda mengeluarkan duit Cash Advance kad kredit Maybank anda dikenakan fi sebanyak 5% dari amaun widrawal atau RM18 yang mana lebih tinggi.
Kesimpulan
- Cash Advance Kad Kredit hanya digunakan sebagai pilihan terakhir apabila cara lain lambat atau tidak berjaya
- Hanya guna fasiliti Cash Advance sekiranya anda yakin dapat bayar balik sepenuhnya dalam masa yang singkat (seminggun sehingga sebulan)
- Adalah lebih baik memilih cara lain seperti pinjaman peribadi yang prosesnya cepat (sehari lulus dan dapat tunai)